View Larger Map
Gunung Merapi meletuskan lahar dan debu yang sangat banyak pada 26 Oktober 2010. Gambar-gambar yang dikumpul dari berita-berita di internet ini menunjukkan betapa hebat dan kuatnya kuasa letupan ni. Teringat kisah penemuan mangsa gunung berapi di Pompeii, Itali.
letusan
debu, lahar dan angin kencang
Binatang ternakan yang disaluti debu dari letusan
Semasa tsunami melanda Aceh, ada satu pulau dimana penduduknya selamat. Rupa-rupanya mereka ada lagenda yang diturunkan dari nenek-moyang, yang mengarahkan penduduk untuk berpindah ke tanah tinggi sekiranya ternampak air laut tiba2 surut.
Begitu juga tentang Gunung Merapi, rakyat Jawa ada yang percaya dengan lagenda si Petruk. Menurut cerita, sekiranya mereka ternampak bayangan si Petruk di atas Gunung Merapi, tandanya gunung akan meletus tak lama lagi. Kebetulan beberapa hari sebelum Merapi meletus, ada penduduk yang sempat mengambil gambar asap tebal seolah-olah bayangan Petruk.
Gambar diambil dari website Njowo
Plaster mangsa gunung berapi di Pompeii (link)
Letusan gunung Merapi ada persamaan dari segi debu dan lahar yang dikeluarkan seperti di Pompeii tahun 79 M.
No comments:
Post a Comment