Saturday, December 18, 2010

Gunung Merapi, Jogjakarta, Indonesia


View Larger Map

Gunung Merapi meletuskan lahar dan debu yang sangat banyak pada 26 Oktober 2010.   Gambar-gambar yang dikumpul dari berita-berita di internet ini menunjukkan betapa hebat dan kuatnya kuasa letupan ni.  Teringat kisah penemuan mangsa gunung berapi di Pompeii, Itali.

letusan

debu, lahar dan angin kencang

Binatang ternakan yang disaluti debu dari letusan

Semasa tsunami melanda Aceh, ada satu pulau dimana penduduknya selamat.  Rupa-rupanya mereka ada lagenda yang diturunkan dari nenek-moyang, yang mengarahkan penduduk untuk berpindah ke tanah tinggi sekiranya ternampak air laut tiba2 surut.


Begitu juga tentang Gunung Merapi, rakyat Jawa ada yang percaya dengan lagenda si Petruk.  Menurut cerita, sekiranya mereka ternampak bayangan si Petruk di atas Gunung Merapi, tandanya gunung akan meletus tak lama lagi.  Kebetulan beberapa hari sebelum Merapi meletus, ada penduduk yang sempat mengambil gambar asap tebal seolah-olah bayangan Petruk.
 Gambar diambil dari website Njowo



Plaster mangsa gunung berapi   di Pompeii (link)

Letusan gunung Merapi ada persamaan dari segi debu dan lahar yang dikeluarkan seperti di Pompeii  tahun 79 M.

Saturday, November 27, 2010

Hutan Rekreasi FRIM, Kepong Selangor



Jambatan gantung yang berayun-ayun semasa dilalui


Klik gambar untuk melihat nombor telefon FRIM

Sunday, August 29, 2010

Gunung Berapi Sinabung Meletus 29/8/10


View Larger Map
Gunung berapi Sinabung ni dah lebih 400 tahun tak aktif. Pada 29 Sept tiba2 muntahkan lahar, asap dan debu. Tapi tak berapa besar sangat kot sebab tak ada kemalangan jiwa. Semua penduduk skeitar dah diarahkan berpindah.

Gunung Sinabung sebelum 29/8/2010



Gunung Sinabung pada 29/8/2010

Bencana alam, gempa bumi, gunung berapi meletup dah biasa kat Indonesia. Tapi yang ini special sikit sebab ummi pernah pergi ke Berastagi, Sumatera, masa honeymoon dulu-dulu dan dapat tengok kedua2 gunung berapi pendam di situ, Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak. Tempat ni juga berdekatan dengan Danau Toba yang cantik tu. Indonesia memang sangat cantik, banyak tanah tinggi yang sejuk dan subur macam Cameron Highland.

Update: Jun 2013 kami telah selamat pergi dan kembali dan sempat melawat Gunung Sinabung.  Nampak tenang aje kan gunung tu, tapi di dalamnya penuh lahar yang bila2 masa boleh dimuntahkan keluar.


Update:  Gunung Sinabung meletup lagi pada 16 September 2013.  

Bermula September 2013, Sinabung terus meletus beberapa kali sehingga Disember 2013.  Setakat ini, beberapa gempa bumi kecil telah dikesan, 22 kampung telah ditinggalkan, letusan tertinggi ialah 10km ke udara, dan abu terbang sehingga Kota Medan.  Gambar di sebelah diambil dari www.wired.com




Tuesday, July 27, 2010