Sunday, August 29, 2010

Gunung Berapi Sinabung Meletus 29/8/10


View Larger Map
Gunung berapi Sinabung ni dah lebih 400 tahun tak aktif. Pada 29 Sept tiba2 muntahkan lahar, asap dan debu. Tapi tak berapa besar sangat kot sebab tak ada kemalangan jiwa. Semua penduduk skeitar dah diarahkan berpindah.

Gunung Sinabung sebelum 29/8/2010



Gunung Sinabung pada 29/8/2010

Bencana alam, gempa bumi, gunung berapi meletup dah biasa kat Indonesia. Tapi yang ini special sikit sebab ummi pernah pergi ke Berastagi, Sumatera, masa honeymoon dulu-dulu dan dapat tengok kedua2 gunung berapi pendam di situ, Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak. Tempat ni juga berdekatan dengan Danau Toba yang cantik tu. Indonesia memang sangat cantik, banyak tanah tinggi yang sejuk dan subur macam Cameron Highland.

Update: Jun 2013 kami telah selamat pergi dan kembali dan sempat melawat Gunung Sinabung.  Nampak tenang aje kan gunung tu, tapi di dalamnya penuh lahar yang bila2 masa boleh dimuntahkan keluar.


Update:  Gunung Sinabung meletup lagi pada 16 September 2013.  

Bermula September 2013, Sinabung terus meletus beberapa kali sehingga Disember 2013.  Setakat ini, beberapa gempa bumi kecil telah dikesan, 22 kampung telah ditinggalkan, letusan tertinggi ialah 10km ke udara, dan abu terbang sehingga Kota Medan.  Gambar di sebelah diambil dari www.wired.com